SYARAT AKREDITASI HAKIM MEMANAH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI
- Semua Hakim Memanah yang telah berdaftar dan membayar yuran perlesenan RM 50.00 akan di akreditasi sebagai Hakim Memanah Kebangsaan atau Negeri (mengikut kelayakan masing-masing) sehingga 31 Disember 2024.
- Sepanjang tempoh akreditasi, semua hakim disyaratkan seperti berikut:
a. Hakim Memanah Peringkat Kebangsaan:
- Mengikuti Kursus Refresher Hakim Memanah sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh akreditasi tahun 2021-2024.
- Markah lulus peperiksaan 75%.
- Sekiranya GAGAL, perlu menduduki semula peperiksaan Refresher pada siri kursus yang akan
b. Hakim Memanah Peringkat Negeri:
- Mengikuti Kursus Kehakiman Peringkat Kebangsaan dalam tempoh akreditasi tahun 2021-2024.
- Markah lulus peperiksaan 75%.
- Sekiranya GAGAL, kekal sebagai Hakim Peringkat Negeri dan perlu menduduki semula peperiksaan pada siri kursus yang akan datang
c. Mengambil bahagian secara aktif dalam “Case Study” yang akan diberikan setiap dua bulan sekali dalam tempoh akreditasi tahun 2021-2024. Kegagalan berbuat demikian untuk tiga kali berturut-turut berkemungkinan Hakim tersebut tidak dipertimbangkan untuk akreditasi bagi tempoh tahun 2025-2028.
d. Melaksanakan dua kali tugasan sebagai Hakim Memanah di mana-mana kejohanan tempatan mengikut tahap masing-masing dalam tempoh akreditasi tahun 2021-2024.
e. Tugasan Hakim akan ditawarkan mengikut sistem penggiliran dan keutamaan bertugas kepada Hakim yang tinggal di Negeri di mana pertandingan tersebut diadakan.
3. Sekiranya salah satu syarat dinyatakan tidak dipenuhi, Hakim tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk akreditasi bagi tempoh tahun 2025-2028.
4. Semua Hakim yang telah berdaftar dan membayar yuran perlesenan akan menerima Sijil Akreditasi mengikut tahap masing-masing serta Kad Perlesenan untuk tempoh akreditasi 2021-2024.
DOWNLOAD SYARAT AKREDITASI HAKIM MEMANAH PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI