PORTAL HAKIM MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN MEMANAH TEMPATAN

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN MEMANAH TEMPATAN

PENDAHULUAN

  1. Garis panduan ini bertujuan untuk menyelaras perkhidmatan Hakim Memanah Malaysia di kejohanan memanah tempatan (Indoor & Outdoor Target Archery) seperti berikut:
  2. Pematuhan peraturan dan undang-undang memanah yang terkini dan seragam sepertimana ditetapkan oleh World Archery Federation (WA).
  3. Memastikan hanya Hakim Memanah yang berkelayakan sahaja dipanggil untuk penugasan mengikut tahap kelayakan dan taraf kejohanan.
  4. Penggiliran penugasan Hakim-hakim Memanah mengikut lokaliti atau zon di mana kejohanan memanah dianjurkan.
  5. Elaun hakim memanah yang disarankan mengikut kepegawaian, tahap kelayakan dan juga taraf kejohanan.
  6. Pengiktirafan terhadap rekod baru kebangsaan di sesuatu kejohanan memanah tempatan.

TARIKH KUAT KUASA

  1. Bermula pada 01 November 2021, semua kejohanan memanah tempatan (OUTDOOR dan INDOOR) disyaratkan untuk menggunakan perkhidmatan Hakim Memanah yang diiktiraf oleh NAAM.
  2. Senarai hakim memanah yang berdaftar mengikut Negeri, ATM, PDRM dan MASUM, boleh diperolehi di portal https://judge.masarchery.org/senarai-hakim/

TAHAP KELAYAKAN HAKIM MEMANAH

Tahap kelayakan kehakiman untuk sesuatu peringkat kejohanan adalah seperti berikut:

Peringkat Kebangsaan / Terbuka:

Peringkat Kebangsaan / Terbuka
Competition ManagerNational Judge
JuriNational Judge
CoJContinental Judge / CoJ Bertauliah
DoSNational Judge / Dos Bertauliah
HakimNational Judge
Peringkat Negeri
CoJNational Judge / CoJ Bertauliah
DoSState Judge / Dos Bertauliah
HakimState Judge

KEPERLUAN MINIMA HAKIM MEMANAH

Jumlah minima hakim memanah yang diperlukan untuk sesuatu kejohanan adalah mengikut kepada jumlah penyertaan kejohanan seperti berikut:

Jumlah PesertaTD / CMCoJDoSDeputy DoSHakim
> 350111112
> 250111110
> 15011118
< 15011118

PENUGASAN HAKIM MEMANAH MENGIKUT LOKALITI / ZON

NAAM mempraktikkan konsep penggiliran penugasan hakim mengikut lokaliti masing-masing. Bagi tujuan ini, penugasan hakim akan dibahagikan kepada beberapa Zon seperti berikut:

Ketua-ketua Zon terbabit akan menyusun atur penggiliran hakim untuk penugasan di kejohanan- kejohanan memanah yang dianjurkan di zon-zon yang dinyatakan.

ELAUN HARIAN HAKIM MEMANAH

Sebagai panduan, elaun harian kehakiman dan syarat-syarat yang disarankan oleh NAAM mengikut kepegawaian, tahap kehakiman dan taraf kejohanan adalah seperti berikut:

a. Outdoor Target Archery (Siang sahaja).

b. Indoor Target Archery (Siang dan malam)

 

PERMOHONAN KHIDMAT HAKIM MEMANAH

1. Penganjur kejohanan dikehendaki memohon perkhidmatan hakim memanah ke NAAM dan maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

    • Nama
    • Taraf Kejohanan (Antarabangsa / Kebangsaan / Terbuka / Negeri).
    • Tarikh
    • Lokasi
    • Anggaran Jumlah Penyertaan Atlet

2. Permohonan khidmat hakim memanah hendaklah di hantar sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh pertandingan melalui  email kepada honsecretary@masarchery.org dan judging@masarchery.org.

3. Hakim-hakim memanah dilarang bertugas di kejohanan-kejohanan yang tidak di sanksi / diiktiraf oleh NAAM atau Persatuan Negeri / Ahli Gabungan

4. Kelonggaran walaubagaimanapun diberikan untuk kejohanan memanah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi-agensi Kerajaan

5, Khidmat Hakim Memanah dari Luar Negara bagi kejohanan memanah tempatan adalah tidak dibenarkan.

PENUTUP

  1. Garis panduan ini adalah bertujuan untuk membantu penganjur kejohanan memanah dari segi aspek kehakiman dan juga menentukan keseragaman peraturan dan undang-undang memanah.
  2. Maklumat lanjut berkenaan dengan Hakim Memanah Malaysia dan juga Senarai Hakim Memanah mengikut Negeri / Ahli Gabungan boleh dicapai di Portal Hakim Memanah Malaysia https://judge.masarchery.org/

Sekian, terima kasih.

Download GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN MEMANAH TEMPATAN

 

 

 

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
2 thoughts on “GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA UNTUK KEJOHANAN MEMANAH TEMPATAN”
  1. Tahap Kelayakan Hakim Memanah
    Peringkat Negeri
    Mohon delete
    DOS National Judge/DOS bertauliah
    Hakim National Judge
    (Dupilcate)

Comments are closed.

On Key

Related Posts