FUNGSI JAWATANKUASA KEHAKIMAN MEMANAH KEBANGSAAN
- Menyelaras dan mengendalikan kursus, bengkel dan aktiviti berkaitan ilmu kehakiman memanah.
- Mengumpul dan menyimpan maklumat (database) hakim-hakim memanah Malaysia.
- Melesenkan Hakim Memanah Malaysia.
- Mencadangkan ke World Archery dan World Archery Asia calon-calon Continental Judge (CJ) dan International Judge Candidate (IJc).
- Sebagai badan penasihat dan rujukan berkaitan kehakiman memanah.
- Bertindak sebagai timbang tara (arbitrator) dalam kes-kes yang melibatkan sebarang kemusykilan atau percanggahan.
- Menyediakan, memurnikan dan mengemaskini Modul / Silibus Kursus Kehakiman termasuk melatih Fasilitator / Trainer / Penceramah kursus.
- Memastikan pemilihan Hakim Memanah yang berkelayakan dan bersesuaian untuk bertugas mengikut taraf kejohanan.
- Membuat kaedah pusingan (rotation) penugasan Hakim untuk kejohanan memanah.
- Meneliti dan mencadangkan tindakan perlu kepada Jawatankuasa Tatatertib NAAM sekiranya terdapat Hakim yang telah melanggar Kelakuan dan Etika (Code and Ethics) Hakim Memanah.
- Memohon kepada WA dan WAA untuk menganjurkan Conference / Seminar / Bengkel berkaitan Kehakiman Memanah.